JANUARI 2024

Pendidikan, Sektor Perbankan Antara Dibincang Dialog Maybank Investment Bank


KUCHING: Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg mengemukakan pelbagai persoalan melibatkan ekonomi semasa dialog bersama delegasi Maybank Investment Bank dan pengurus dana di sini, hari ini. 

Menerusi sesi dialog yang diadakan selama setengah jam itu, Abang Johari mengemukakan persoalan berhubung pendidikan dan pembangunan bakat.

Selain itu, turut dikemukakan ialah Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030 sektor perbankan di Sarawak dan fungsinya untuk membangunkan perusahaan kecil dan sederhana (PKS), Dana Kekayaan Berdaulat Masa Depan Sarawak (SSWFF) dan strategi serta prospek pelaburan, khususnya dalam sektor tenaga boleh diperbaharui.

Sesi dialog dikendalikan Ketua Penyelidikan Serantau di Kumpulan Perbankan Pelaburan Maybank, Anand Pathmakanthan.

Turut hadir ialah Setiausaha Kewangan Sarawak, Dato Sri Dr Wan Lizozman Wan Omar, Pengarah EPU, Datu Lester Mathew, Pegawai Bertanggungjawab dan Ketua Pegawai Operasi Maybank Investment Bank, Tengku Ariff Azhar Tengku Mohamed dan Pengarah Wilayah untuk Wilayah Sarawak, Abang Jamili Abang Julai.

Sumber dari : Jiwa Bakti